U.n.i KLINIK Pulau Gadong merupakan salah satu daripada 55 cawangan U.n.i KLINIK yang terletak di seluruh Malaysia. Sebuah klinik perubatan swasta moden yang strategik, berada kira-kira 4km dari pusat Bandar Melaka dan sekitar 10km dari Ayer Keroh, pusat pentadbiran Melaka.
Klinik ini menawarkan perkhidmatan penjagaan kesihatan dan rawatan am yang menyeluruh, termasuk pencegahan penyakit, kepada masyarakat dari pelbagai peringkat umur.



Dfairuz Healthcare Sdn Bhd merupakan pemilik tunggal U.n.i KLINIK Pulau Gadong, di bawah pengurusan Dr. Mohammad Fairuz bin Rahmat (MMC No.59992) selaku Pengarah Urusan.
Matlamat Dfairuz Healthcare Sdn Bhd adalah untuk menyediakan fasiliti kesihatan yang berteraskan nilai kompetensi, komitmen, keprihatinan, kepraktisan, dan keberkesanan. Melalui inisiatif kami, kami berhasrat untuk memberi nafas baharu kepada definisi penjagaan kesihatan dan cara ia disampaikan.
Kami bercita-cita menjadi “Rakan Kesihatan” utama komuniti, memberikan nasihat, rawatan, serta perhatian yang diiringi kepakaran dan teknologi terkini. Dengan sokongan klinik utama kami, U.n.i KLINIK Pulau Gadong, Dfairuz Healthcare Sdn Bhd bertekad untuk menjadi peneraju dalam merealisasikan penjagaan kesihatan yang cemerlang, khususnya di kawasan yang kekurangan akses dan perkhidmatan.
Lihat waktu operasi bagi U.N.I Klinik Pulau Gadong seperti yang disertakan di jadual ini. Anda juga boleh menghubungi kami sekiranya terdapat sebarang persoalan mengenai waktu operasi dan sebagainya.
Lihat proses mudah dengan slot temujanji atau terus hadir ke klinik kami untuk mendapatkan konsultansi serta rawatan yang kami sediakan.
Hubungi kami untuk menetapkan slot temujanji atau terus hadir ke klinik kami.
Petugas kami akan menghubungi anda untuk pengesahan slot temujanji.
Terima rawatan di klinik kami daripada barisan doktor yang berpengalaman dan terlatih.
Tamat sesi rawatan dan konsultansi anda. Terima ubat ubatan jika ada.
Hubungi kami untuk pertanyaan lanjut. Sekiranya anda ingin membuat temu janji, anda boleh mengisi info anda di borang yang disediakan di bawah atau terus menghubungi kami melalui butang WhatsApp yang disediakan.
Untuk temu janji anda, anda boleh mengisi maklumat anda di borang yang disediakan atau hubungi kami melalui WhatsApp di butang di bawah.
Klinik Pilihan Anda dan Keluarga Anda di Melaka. Klinik pilihan utama di Melaka untuk penjagaan kesihatan menyeluruh.
Copyright © 2024 U.N.I Klinik Pulau Gadong By Dfairuz Healthcare Sdn. Bhd. All Rights Reserved.