Penjagaan antenatal adalah penjagaan kesihatan yang diberikan kepada ibu hamil sepanjang tempoh kehamilan. Penjagaan ini amat penting untuk memastikan kesihatan ibu dan bayi berada pada tahap yang optimum hingga kelahiran. Ia melibatkan pemeriksaan kesihatan berkala dan nasihat yang sesuai sepanjang perjalanan kehamilan.
Kami menawarkan pemeriksaan berkala untuk memantau perkembangan bayi dan memastikan kesihatan ibu berada dalam keadaan baik. Pemeriksaan ini termasuk ujian darah, tekanan darah, dan ultrasound.
Kami memastikan setiap peringkat perkembangan janin dipantau dengan teliti. Ini termasuk imbasan ultrasonik untuk mengesan pertumbuhan janin, kedudukan bayi, serta keadaan plasenta dan cecair amniotik.
Penjagaan antenatal membantu dalam mengenal pasti risiko-risiko seperti pra-eklampsia, diabetes gestasi, atau masalah tumbesaran bayi. Ini membolehkan rawatan awal diberikan bagi mengelakkan komplikasi semasa bersalin.
Lihat waktu operasi bagi U.N.I Klinik Pulau Gadong seperti yang disertakan di jadual ini. Anda juga boleh menghubungi kami sekiranya terdapat sebarang persoalan mengenai waktu operasi dan sebagainya.
Hubungi kami untuk pertanyaan lanjut. Sekiranya anda ingin membuat temu janji, anda boleh mengisi info anda di borang yang disediakan di bawah atau terus menghubungi kami melalui butang WhatsApp yang disediakan.
Untuk temu janji anda, anda boleh mengisi maklumat anda di borang yang disediakan atau hubungi kami melalui WhatsApp di butang di bawah.
Klinik Pilihan Anda dan Keluarga Anda di Melaka. Klinik pilihan utama di Melaka untuk penjagaan kesihatan menyeluruh.
Copyright © 2024 U.N.I Klinik Pulau Gadong By Dfairuz Healthcare Sdn. Bhd. All Rights Reserved.